Saturday, July 23, 2011

Masjlis Peguam Isytihar "Perang" Terhadap Yang Di-Pertuan Agong?

Amalan korupsi dan rasuah yang membengkak dalam parti DAP dikenalpasti sebagai punca kematian Teoh Beng Hock. DAP kelihatan bersungguh-sungguh mahu menutup kes tersebut dan mengkambinghitamkan SPRM. Terkini, Majlis Peguam secara terang-terangan sudah dikira mengisytiharkan "perang" terhadap sistem kehakiman dan Suruhanjaya Diraja, sekali gus menghina Yang Di-Pertuan Agong. Soalnya, apakah kerajaan masih mahu berpeluk tubuh? Apakah Majlis Peguam terlalu berkuasa sehingga kita memerlukan "pengesahan" atau pengiktirafan daripada mereka, maka barulah sesuatu keputusan Suruhanjaya Diraja dikira betul dan shahih? Ada benar kata-kata Ezam Mohd Noor, sudah sampai masanya Majlis Peguam dihukum dan rombak strukturnya. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Peguam kerana mempersoalkan hasil laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock yang sekali gus dianggap menghina institusi raja. Senator Ezam Mohd. Nor berkata, Majlis Peguam jelas menjadi persatuan rasis, berkepentingan dan perkakas politik kepada pembangkang khususnya DAP dalam kes ini.

"Kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peguam dilihat bodoh, rasis dan berbaur politik. DAP yang sepatutnya meminta maaf kerana amalan korup mereka yang menyebabkan Beng Hock menjadi mangsa.

"DAP khususnya majikan Beng Hock yang amalkan rasuah menjadi punca kes ini bermula. Pemimpin DAP wajib minta maaf dan bayar ganti rugi pada keluarga Beng Hock," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam yang menolak penemuan laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mengikut laporan portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Tambah Ezam, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga dilihat menghina keputusan suruhanjaya diraja dan mesti dikenakan tindakan kerana memberi contoh pemimpin tidak ada adab dan kurang ajar.



Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger | Printable Coupons