Sunday, July 24, 2011

NGO berkeras nyatakan Teoh dibunuh

20 Syaaban 1432H. [MOD] -

Selain keluarga Teoh Beng Hock yang menolak laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik itu, sebuah kumpulan sivil dan beberapa NGO lain juga tidak yakin dengan keputusan laporan yang memutuskan bahawa Teoh membunuh diri.

Hujah mereka, kematian Teoh adalah satu pembunuhan kerana lelaki itu mati ketika di bawah tahanan SPRM .

"Secara kategori kami menolak laporan suruhanjaya yang tidak menyakinkan itu bahawa Teoh membunuh diri. Kami tekankan bahawa puncanya adalah penyiksaan oleh SPRM sama ada secara mental, fizikal, termasuk juga ugutan yang menyebabkan kematiannya,” kata kumpulan itu yang menamakan diri mereka sebagai Pergerakan Rakyat Malaysia untuk Beng Hock dalam kenyataan bersama dengan beberapa NGO lain.

"SPRM dan kerajaan mesti memikul tanggungjawab untuk keselamatan dan hak asasi semua nyawa yang di dalam tahanannya. Apa-apa yang berlaku di agensi kerajaan sehingga menyebabkan kematian boleh dianggap sebagai satu pembunuhan atau homisid,” kata mereka.

NGO lain yang terlibat alah Suaram, Youth For Change dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut mereka laporan setebal 124 mukasurat yang didedahkan semalam itu membuktikan bahawa Teoh belum dibebaskan pada pagi 16 Julai 2009 seperti yang didakwa oleh SPRM dan masih secara paksa dalam tahanan SPRM.



Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger | Printable Coupons